ini adalah petikan,secebis kisah pelarian Palestin di Lubnan,Sabra
Shatila -1982,yg telah dibunuh kejam secara beramai ramai(massacre genocide )
,dimuatkan dlm buku yg disunting oleh pejuang asasi-Alijah Gordon,tajuk-‘Rakyat
Palestin Bersuara.’ Ramai,termasuk umat islam sendiri yg kurang tahu akan
cerita pembunuhan beramai ramai di Sabra dan Shatila,untuk mendapatkan gambaran
jelas,sila dapatkan buku Alijah Gordon ...Semoga tuhan membalas setiap satu perbuatan mereka yg
kejam dan tidak perikemanusiaan
Kisah Souad Srour Merii (29 tahun)-m.s:73
Saya dan lapan lagi adik beradik saya, 5 lelaki dan 3 perempuan,dilahirka n di Shatila.Saya anak sulung.Kisah yang akan saya paparkan adalah tentang apa yang berlaku ketasa diri saya dan keluarga dalam pembunuhan beramai ramai di Sabra-Shatila semasa serangan Israel ke atas Lubnan pada tahun 1982.Peristiwa itu berlaku pada petang 16 dan pagi 17 sept. Selepas pembunuhan bakal presiden,Bashir gemayel,pada 14hari bulan.Beliau merupakan ketua angkatan tentera Lubnan atau militia kristian fasis yang dipanggil kata’ib(phalange) .Parti ini memang dikenali benar kerna kebencianya kpada rakyat palestin dan kerana ia bersekongkol dengan Israel.Pada 1976,Gemayel dan partinya yang bertanggungjawab keatas pemusnahan 3 kem dikawasan bawah kuasanya,dan mereka menyembelih atau meghalau penghuni kem yang hingga ke hari ini masih menjadi pelarian.Tidak lama selepas pengumuman kematian bakal presiden itu,pembedilan dan tembakan curi semakin berleluasa di kem Shatila.
Pada pkl 5.00 ptg 16 Sept,saya meniggalkan rumah saya untuk pergi ke salah satu tempat berlindung dimana rakan2 saya sedang bersembunyi drp bedilan dan tembakan curi,berhampiran rumah saya telah disapa oleh 3 orang lelaki yang bertanya sama ada tempat itu ialah kem Shatila.meskipun mereka bertutur dlm bahasa Arab,saya tahu dr pelat mereka bahwa mereka bangsa asing.mereka beredar apabila saya memberikan jawapan negative pada mereka.
Saya tiba ditempat berlindung dan memberitahu kpada rakan2 tentang apa yang berlaku.Setelah sejam ditempat berlindung saya pun beredar setalah berjanji yang saya akan kembali menjemput rakan2 saya membawa mereka bermalam dirumah saya krn keadaan tempat berlindung itu tidak selamat,lembab dan tiada bekalan air/letrik.
Saya pulang ke rumah,menyediakan makan malam untuk adik perempuan dan adik lelaki dan menidurkan mereka.Bapa tidak membenarkan saya seorang diri untuk pergi ke tmpt berlindung,dia menyuruh saya membawa Maher,adik lelaki saya.Waktu itu saya berusia 17th dan adik lelaki saya 12th.Sejurus sebelum kami tiba di tempat berlindung,kami mula ternampak pemandangan yang ngeri,tubuh bergelimpangan atas tanah dengan darah yang mengalir.Kami mendengar suara orang mengerang dan menjerit kesakitan,tiba2 saya mendengar suara orang yang saya kenali,iaitu suara jiran kami Abu Rida,dia mahu kami membantunya.”Mereka menyembelih kami,membunuh kami,merogol anak gadis dan membawa pergi semua budak perempuan berumur 12th dan 16th.”Kemudian dia memberitahu kami,”lari dari rumah kamu,jangan tinggal didalam rumah kamu.Mereka akan datang balik dan membunuh semua orang di Kem.”Saya bertanya siapa melakukan semua ini,tapi tiba2 kami mendengar suara orang berteriak,”kamu anjing masih bernyawaa lagi?”,” belum mampus lagi”?.Kami terus cabut lari kerumah untuk beritahu ibu-bapa tentang apa yang berlaku dan nasihat jiran kami itu.Kata bapa saya,”dijauhkan tuhan,tiada apa2 yang akan berlaku pada keluarga kita.”Kami tinggal dirumah kami hingga ke subuh esoknya,hari Jumaat 17 Sept.Pada mlm itu jiran kami menumpang dirumah kami,seorang wanita hamil yang tidak mengenali sesiapa kecuali kami.
Pada pukul 4.30pagi esoknya,jiran kami dan adik lelaki saya berusia 11tahun memutuskan untuk pergi ketas bumbung rumahh untuk melihat apa yang sedang berlaku supaya keputusan boleh dibuat samada patut tinggal dirumah atau lari.Mereka (adik lelaki saya) telah dilihat oleh militia yang berada dikawasan bukit,adik lelaki saya ketakutan dan turun dari bumbung dan menceritakan apa yang terjadi,tidak lama selepas itu kami mendengar orang mengetuk pintu,bapa bertanya siapa dan diberitahu mereka adalah askar Israel datang untuk mengeledah rumah,bapa membuka pintu dan kami melihat 13orang lelaki bersenjata diluar pintu rumah kami.Beberapa orang berdiri diluar pintu,sebilangan lagi pergi ke bumbung dan lain mengelilingi rumah kami untuk menakut nakutkan kami.
Saya berdiri disebelah bapa bersama adik perempuan saya,manakala yang lain berdiri disebelah ibu dan jiran kami.Bapa saya menyambut askar Israel itu dan menyuruh mereka duduk,Salah seorang dari mereka berkata bahwa mereka mahu mengambil segala apa yang kami ada.Saya menyahut,menyakan kenapa dia mahu mengambil segalanya selepas mengambil barang kami yang paling berharga iaitu tanah air kami.Jawabnya”kamu tengok apa lagi yang akan aku ambil,aku akan mengambil kamu dan adik perempuan kamu!” Bapa merayu kpadanya supaya mengambil semuanya kecuali anak-anaknya, bapa ditumbuk dimukanya dan berdarah.Saya tidak dapat mengawal diri saya dari memekik didepan muka askar2 itu,menyakan mengapa mereka sanggup memukul lelaki tua,Saya dipukul dan ditolak dengan kasar ke tanah.Apabila saya terasa sakit,saya memukul balik askar itu.Mereka merampas wang kami-40 000 paun Lubnan-dan semua cincin kami,bahkan cincin perkahwinan bapa.Salah seorang dr mereka berteriak dan memberikan arahan supaya kami dibawa masuk kedalam bilik.Dia mengarahkan kami berdiri dekat dinding dan tangan kami diangkat atas kepala,dan membelakangi mereka,mereka memerintahkan kami jangan sekali melihat kebelakang,Adik perempuan saya Shadia yang berusia satu setengah tahun mengangkat tangan sambil memanggil nama ibu kerna ketakutan.Mereka mula menembak kami.Adik bongsu saya-seorang bayi-ditembak dikepala dan otaknya memercik diatas kami, bapa ditembak di jantungnya tetapi dia masih bernyawa.Adik lelaki saya Shadi,3tahun, Farid-8,bassam- 11 dan adik perempuan saya hajar-7 dan Shadia serta jiran kami (yang mengandung) mati serta merta.Adik lelaki saya,Mahher- 12 dan ismail-9,terselamat kerna bersembunyi didalam bilik air.Ibu dan adik perempuan saya,Nuhad-16, tercedera tetapi tidak meninggal,manakala saya pula,lumpuh serta merta dan tidak dapat bergerak.Askar2 itu fikir kami semua sudah mati,lalu mereka meninggalkan rumah kami.
Saya mula mejerit bertanyakan siapa yang masih hidup,Ibu,seorang adik perempuan saya dan dua adik laki dlm bilik air menyahut,kemudian bapa menyahut,tetapi cedera parah,Saya menyuruh mereka melarikan diri dan menghantar seseorang untuk selamatkan saya dan bapa.Jadi mereka lari dan tinggallah saya dan bapa yang cedera parah,dikelilingi oleh ahli keluarga saya yang sudah menjadi mayat.Keadaan yang amat menggerunkan itu tidak akan dapat saya lupakan hingga akhir hayat.
Pada jam 10.00pagi 3 anggota militia datang semula untuk mengambil wang yang tertinggal oleh mereka,mereka ternampak saya menghampiri bapa, mereka pun mula memaki saya dengan kata2 yang sangat lucah dan memberitahu saya, “lihat apa yang akan kami lakukan pada kamu dihadapan bapa kamu.”Tiga orang daripada mereka merogol saya,seorang demi seorang,di depan bapa.kemudian mereka menembak tangan kiri saya dan beredar.Bapa berkata pada saya,”semoga tuhan melindungimu,” sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.Dia tidak sanggup melihat apa yang dilihatnya kerna pada masa itu saya belum ada haid lagi dan apa yang telah terjadi amat megerikan saya,terutama kerna semuanya berlaku didepan mata bapa saya yang tercedera. (phewww…bab ni aku paling sedih sekali nak baca/tulis…betol punya haramjadah bangsat babi phalangist dan Israel ni!!-im sorry..emosi x dpt aku tahan.-newsfwder)
Mereka datang sekali lagi pada hari yang sama,pada waktu petang,dan ternampak saya sedang minum,merka naik berang mendapati saya masih hidup,lalu mereka menembak saya dua kali dan memukul kepala saya,dan saya terus pengsan.Kemudian malam itu saya terjaga dan terdengar bunyi kucing yang sedang berkeliaran disekeliling mayat ahli keluarga saya.Saya cuba sedaya upaya dengan memggunakan tangan saya yang tidak cedera untuk menutup mayat2 itu,namun saya tidak terdaya.Pagi esoknya,Sabtu 18 Sept,merka datang lagi, tetapi saya pura2 mati.
Pada pagi hari ahad,seorang askar Lubnan datang untuk bertanyakan khabar sanak saudara dan jiran2 kami,saya cuba untuk menjerit minta tolong tetapi saya tidak dapat bersuara apabila melihat askar itu,dia melihat saya,dan membuka jaketnye dan menutupi tubuh saya yang dlm keadaan bogel, dia membawa saya bersamanya.Semasa kami keluar dari kem,saya Nampak mayat mereka yang disembelih-mayat yang sudah membusung-saya mendengar rintihan-disepanjan g jalan.Askar itu menyerahkan saya pada anggota Bulan Sabit Lubnan yang serta merta memberi saya bantuan pernafasan.Mereka membawa saya ke Hospital,tetapi saya tidak dibenarkan masuk kerna saya rakyat palestin, saya kemudian dibawa ke hospital American Universiti,disana ada ramai pemberita dan wartawan,tetapi saya tidak dapat bercakap dengan sesiapa.Saya sudah hilang daya untuk bercakap.
Saya dibawa kebilik kecemasan dan dibedah untuk keluarkan peluru dari tubuh saya,saya mula mengalami ganguan jiwa dan hysteria pada bila2 masa sahaja saya teringat peristiwa yang berlaku.Tangan kanan saya tidak cedera,jadi saya meminta kertas dan pen dari doctor.Saya menulis sepotong ayat,bertanya tentang keluarga saya.Beberapa wartawan dan pemberita yang hadir pada masa itu berjanji untuk membantu mencari keluarga saya.Beberapa hari kemudian,doctor memberitahu bahwa dia ada satu kejutan untuk saya, kejutan itu ialah ibu saya,yang tidak lagi saya kenali,namun dia mula bercakap,mengingatk an saya tentang perkara2 yang membuktikan dia adalah ibu saya,Apabila ibu bertanya tentang bapa,yang tidak diketahuinya sudah meninggal,saya mula meraung dan mengalami ganguan jiwa.
Doktor memberitahu bahwa saya akan ke Tripoli di bahagia utara Lubnan dan dibawa keluar dari sana untuk menjalani rawatan diluar Negara.Ibu mengemaskan barang2 saya dan oleh pemandu ambulan Lubnan dan seorang pengawal lubnan,saya berbaring di tempat duduk belakang kerna saya tidak boleh duduk,saya dipasangkan dengan beg air kencing,Drip intravena dan kelengkapan pernafasan.
Pemandu menyusuri jalan pantai menuju ke Tripoli.kami tiba di”tempat pemeriksaan Barbara” yang sangat terkanal dulu semasa perang saudara Lubnan,pemandu meminta saya supaya jgn bergerak dan berpura-pura tidur,anggota militia di tempat pemeriksaan itu tergolong dalam angkatan tentera Lubnan berfahaman fasis mengarahkan pemandu dan pengawal keluar dari kereta.Mereka menjelaskan bahwa saya dibawa untuk menjalani rawatan.Dua orang anggota militia itu berkata,” kami kenal budak perempuan itu”,apabila saya memandang mereka,dengan serta merta saya mengecam mereka,Mereka berada dirumah saya semasa pembunuhan beramai ramai dulu.
Kami bertiga dibawa didalam jip ‘Phalange Lubnan’.Mereka berkata pada saya, “Sekarang kamu akan mati” dan mereka mengarahkan pengawal untuk menanggalkan pakaianya dan duduk atas sebuah botol,mereka kemudian menembaknya di kepala,dia mati serta merta di depan saya. Selepas itu mereka mencabut beg air kencing dan drip i.v saya,mereka mengambil selimut yang menyelimuti tubuh saya dan merogol saya didepan pemandu kemudian mereka meletakkan saya di atas batu di pantai dlm keadaan bogel,supaya saya mati.”Sekarang dia akan mati sendiri,” kata mereka.Sepanjang malam saya tinggal dlm keadaan begitu,dengan pemandu itu merenungi saya dengan prasaan belas kasihan,esoknya anggota militia itu datang dan mengarahkan pemandu itu untuk membawa saya pulang semula ketempat asal.Saya dibawa balik ke Hospital Beirut dlm keadaan yang jauh lebih teruk,tidak boleh bercakap langsung dan berjumpa sesiapa dan berterusan mengalami serangan hysteria yang dahsyat.
Selama 2 tahun selepas peristiwa itu saya tidak dpt bercakap,saya duduk di kerusi roda,bersama segala derita yang terpaksa saya terima terbenam dlm jiwa saya.Saya dimasukkan ke hospital selama 4tahun dan 6 kali menjalani pembedahan.Saya telah meninggalkan Shatila.Saya tidak boleh hidup didalam rumah dimana separuh dari ahli keluarga saya dibunuh dengan kejam.Ibu saya membina semula rumah itu dan kini tinggal bersama 2 adik lelaki saya maher,nahed serta adik perempuan saya,Nuhad.
Perlahan lahan saya memulakan hidup baru,skrg saya boleh berjalan dengan bantuan kasut khas serta tongkat,dan saya bekerja di bengkel pertubuhan bantuan Norway,membuat dan menjual barang kraf tangan.
End.

Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila dari 16 hingga 18 September 1982 tidak mungkin terpadam daripada sejarah kemanusiaan, walaupun media arus perdana seakan-akan tidak pernah tahu tentang hakikat peristiwa tragis itu.
Serangan dan pembunuhan di Sabra dan Shatila itu merupakan salah satu daripada rentetan sikap keji yang dilakukan oleh rejim pengganas Zionis Israel atas arahan secara langsung oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Ariel Sharon. Sharon menggunakan taktik jahat dan hina dengan mengambil kesempatan daripada krisis militia Palangist Kristian di Lubnan bagi menghancurkan rakyat Palestin yang terpaksa menumpang hidup di kem-kem pelarian berkenaan. Batalion Palangist ini menyerang, menyiksa dan membunuh secara kejam wanita, anak-anak dan warga tua sementara tentera Zionis yang mengawal perimiter kem-kem tersebut membiarkan sahaja keganasan itu berlaku dan menghalang pihak luar daripada memasuki kawasan. Serangan brutal dan tragis selama 3 hari itu telah mengorbankan seramai 3,500 pelarian Palestin. Ramai lagi dilaporkan hilang dan terkubur di bawah runtuhan bangunan. Ratusan mangsa serangan yang masih hidup telah dibawa menaiki trak menuju ke tempat misteri, yang sehingga ke hari ini tidak diketahui nasib mereka. Bukan sahaja tentera Zionis tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan dan pembunuhan, malahan mereka membantu puak militia Palangist dengan tembakan-tembakan cahaya ke udara supaya pembunuhan dapat diteruskan pada waktu malam. Siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Kahan di bawah arahan pemerintah rejim Zionis pada bulan Februari 1983 memutuskan bahawa Sharon telah bersalah secara langsung kerana membenarkan puak Palangist masuk ke kem-kem tersebut dan seterusnya gagal menghalang pembunuhan ribuan orang awam. Tentera Sharon juga membekalkan senjata dan peralatan kepada Palangist dan menyediakan pengangkutan untuk membawa masuk militia. Walaupun sikap keji Zionis ini mendapat kutukan dunia, termasuk negara-negara Barat sendiri, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga Majlis Keselamatan PBB terus menunjukkan sikap dingin terhadap desakan supaya menghukum mereka yang ternyata bersalah. PBB mengutuk tindakan zalim Zionis ini melalui Resolusi 521 (19 September 1982,) namun tidak pernah ada sebarang hukuman dikenakan terhadap Sharon, pemerintah mahupun tentera Zionis. Malahan ramai daripada keluarga mangsa-mangsa pembunuhan itu terpaksa membuat dakwaan secara sendirian ke atas Sharon. Pada bulan Februari 2003, Mahkamah Tinggi Belgium memutuskan untuk membicara kes jenayah perang ke atas Sharon, tetapi Israel menuduh tindakan tersebut sebagai berbau politik. Pada bulan September 2003, memandangkan tidak seorangpun daripada mereka yang membuat dakwaan ke atas Sharon berbangsa Belgium, Mahkamah Tinggi Belgium terpaksa menggugurkan kes ini. Mereka yang bersalah terus bebas dan merencana kezaliman demi kezaliman ke atas kemanusiaan, khususnya ke atas rakyat Palestin.
Sabra dan Shatila adalah dua kem perlindungan bagi pelarian Palestin di Beirut, Lubnan. Pada 16
hingga 18 September 1982 helaian sejarah telah mencatatkan peristiwa yang merobek lipatan sejarah islam ketika mana pm Israel waktu itu, Ariel Sharon Laknatullah telah menyerang dua kem ini yang mengakibatkan lebih 3500 umat palestin terbunuh,kanak2 dibunuh, wanita dirogol,dibunuh...
setakat ini saja ku mampu menulis,air mata hampir menitis,rasa sebak.Allahhu rabbi,,,
Al fatihah buat saudara kita disana yang telah terkorban mahupun yang sedang menghabiskan sisa kehidupan selepas peristiwa hitam itu...
hadiahkanlah qunut nazilah bg mereka, mga ALLAH mlindungi para muslimin muslimat fi kulli makan wa kulli zaman..Allahumma amen,,