Ujian yang
diberikan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya dalam bentuk apa sekalipun
mengandungi beribu hikmah yang tak dapat kita bayangkan dengan jiwa yang
kosong. Ujian yang hadir dalam episode kehidupan merupakan satu jual beli dalam
mengumpul saham akhirat kita. Ujian yang ada adalah sekadar ‘ujian’ yang harus
kita tempuhi untuk diberi penilaian samada kita dalam kategori syukur atau
kufur. Allah menguji hambaNya sesuai dngan kesanggupan hambaNya itu. Takkan
pernah sekalipun dibiarkan hambaNya menangis tanpa rahmat dan kasih saying dari
yang maha menyayangi.
Ujian yang mengajar erti sabar dan redha sememangnya memerlukan
satu pengorbanan perasaan yang tinggi dari penerima ujian. Jika dilepasi ujian
yang ada dengan ikhlas, Allah meletakkan satu tempat yang tinggi dari
sebelumnya sebagai ganjaran. Jika keluh kesah yang ada mengiringi sepanjang
ujian, mohon dilindungi daripada kemarahan Allah s.w.t.. ujian yang ada
sesekali bertindak sebagai ‘penyuntik’ yg dapat mengejutkan iman yang mungkin
telah terlalu lama tidur. Mungkin juga satu teguran yang paling halus yang
Allah s.w.t hantarkan untuk menyedarkan jiwa yang telah terlalu lama sepi dari
rindu Illahi.. yang pasti ujian adalah satu bentuk terapi unutk kita re set
kembali hati, iman dan perasaan supaya lebih bersedia untuk menjadi hamba yang
lebih bertawakal dan ikhlas kepada Allah s.w.t. ujian-ujian dunia adalah fitrah
yang harus dilepasi dengan lulus cemerlangnya bagi merebut ganjaran yang tiada
bandingannya, iaitu syurga.... sabar dengan apa yang diuji. Ikhlas dengan apa
yang jadi. Tawakal pada Allah agar diber yang lebih baik dari yang
pergi…insyaAaallah, hasbunallah wani’mal wakil.
No comments:
Post a Comment