dengan namaMu aku menulis..

...'dan orang-orang yang berjihad untuk mencari redha Kami, Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami dan sungguh Allah berserta orang-orang yang berbuat baik'..-al ankabut: 69

Wednesday, 11 April 2012

Bumi dah terlalu uzur..

Gempa Bumi Acheh 11 April 2012
         


 
emnb_1_

GEMPA BUMI DI ACEH 11 APRIL 2012 | TIGA NEGARA KELUAR AMARAN TSUNAMI | Salam sejahterah semua.berita terkini gempa bumi yang berlaku di lautan hindi dekat barat aceh memaksa beberapa negara mengeluarkan amaran tsunami.antara negara yang mengeluarkan amaran tsunami adalah thailand,indonesia dan india.
Gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter ini telah dikesan Badan Pemantau Geologi Amerika Syarikat (AS).mereka juga mengatakan bahawa gempa bumi yang berpusat kira-kira 33 kilometer di dasar laut, berlaku kira-kira 495 kilometer dari Banda Aceh.indonesia adalah negara yang terawal mengeluarkan amaran tsunami.jadi kepada rakyat malaysia bersyukur lah kita kerana gempa tidak dikesan di kawasan kita.berita seterusnya akan diupdate dari masa kesemasa.

UPDATE!!..Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS membatalkan amaran tsunami di Lautan Hindi yang dikeluarkan ekoran gempa bumi dengan kekuatan 8.6 skala Richter yang menggegarkan Aceh petang ini.

Gempa bumi di Aceh: Pelajar Malaysia selamat

11/04/2012 9:37pm

JAKARTA – Pelajar Malaysia di Aceh dan Padang dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi berkekuatan 8.9 pada skala Richter, yang berlaku pukul 3.38 petang waktu tempatan, hari ini.
Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha 1 Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinada Misnun berkata, pelajar Malaysia di kedua-dua tempat menyelamatkan diri ke kawasan lebih tinggi bagi mengelak bencana tsunami.
"Ketika dihubungi, mahasiswa Malaysia di Aceh sedang menyelamatkan diri ke kawasan lebih tinggi bagi mengelakkan gelombang tsunami yang mungkin berlaku,” katanya.
Mahasiswa Malaysia di Padang juga dinasihat menyelamatkan diri ke kawasan tinggi sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman tsunami.
Sehingga berita ini ditulis, belum ada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan harta benda akibat gempa bumi itu, bagaimanapun pihak berkuasa belum menarik balik amaran tsunami.
Pihak berkuasa percaya gempa tektonik itu serta gempa susulan 8.5 pada skala Richter, dipercayai berpotensi menyebabkan tsunami di lima provinsi iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung. – BERNAMA

..teringat pada sahabat ksygn, kak Qasrina Ruly, yg brada di acheh skrng. Mga Allah mnjaga kita dn shbt2..amin.

 “Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yg dilakukan di atasnya. Bumi gemetar kerana takut Allah melihatnya”

— Kaab bin Malik RA




No comments:

Post a Comment