Umumnya
kita melihat perbezaan itu satu ketidakserasian antara satu sama lain. Yang
terkadangnya dengan perbezaan ini bisa menimbulkan kemarahan juga permusuhan.
Kita jarang sekali menerima seorang yang ‘berbeza’ dengan kita untuk dijadikan teman.
Apatah lagi bila melihat ketidaksamaan itu membuatkan kita mejauhinya kerana mungkin
kita dengannya ‘taksekepala’.
Namun,
jika kita melihat perbezaan ini dari sudut sebaliknya nescaya kita bias melihat
satu kurniaan Allah s.w.t yang amat bernilai. Perbezaan itu hanyalah pandangan manusia.Tapi
di pandangan Allah s.w.t, Allah menjadikan kita sama. Cuma yang membezakan adalah
ketaqwaan kita padaNya yang mana ia adalah nilaian dari Allah sendiri. Jika dalam
jemaah, bilamana kita sering melihat perbezaan pendapat itu sebagai satu masaalah
dan hijab untukmelakukan gerak kerja maka dari situ secara tanpa sedar menjadi penyebab
untuk menjadikan jemaah itu lesu dari perlaksanaan gerak kerjanya apatah lagi jika
ketidaksamaan itu sering dijadikan isu, bagaimana pula keadaannya dengan persaudaraan
yang terjalin di dalamnya?? Apakah juga lesu?
Saya
kata, ‘chill’ lah!.. Percaya atau tidak perbezaan itu indah kerana Allah s.w.t tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan
sia-sia tanpa gunanya terutama kepada makhluknya yang bernama manusia. Itulah
variety yang osem antara kita,manusia.! Jangan pula kita menggunakan perbezaan
yang ada untuk memandang sinis atau hina antara kita. Bukanlah perbezaan itu
satu lesen percuma untuk kita menilai orang lain kerdil sedangkan kita serba serbi
sempurna. Namun, dipandangan Allah yang maha adil, telah Dia ciptakan makhluknya
tanpa cacat celanya. Tiada yang hina dipandanganNya. Tiada yang kecil di
penilaianNya.
Renungilah,
manusia itu kerdil jika dibandingkan dengan gajah, tapi kita masih besar jika dibandingkan dengan
kucing, namun kucing itu besar jika dibandingkan dengan semut, dan semut masih besar
jika dibandingkan mikroorganisma. Nah,
lihatlah, setiap ciptaan Allah itu punyai kelebihannya yang sendiri dan pastinya
berbeza antara satu sama lain. Lihatlah satu
perbezaan itu satu kesempurnaan, dan nikmat untuk kita gunakan sebaiknya. Gunakanlah
dunia yang ada sebaiknya dan ambillah nikmat yang telah Allah tebarkan untuk hambaNya
sebanyaknya, syukurilah apa yang telah Allah letakkan untuk kita nikmati. Syukurilah siapa saja yang Allah s.w.t pinjamkan untuk kita manfaatkan. Kerana dunia ini
adalah satu ladang pelaburan yang luas untuk kita bekalkan tika akhirat kelak..
berlapang dadalah kerana dunia terlalu hina untuk kita tangisi..
wallahua’lam...
wallahua’lam...
.jpg)
No comments:
Post a Comment