![]() |
| Add caption |
Kuliah 1 -Pemikiran Islam
by: Murabbiyah al Ustazah Safiah bt Abd Razak
Kuliah pertama dengan ustazah untuk sem 2011/12. Dalam dewan kuliah 1 yang dipenuhi dengan para pencari ilmu hanya untuk Allah..
Mula2 lagi ustazah dah membuka bicara dengan satu teguran yang rs nya mcm pedas semacam sebab mungkin saya yg termakan cilinya. Ustazah cerita ttg dakwah Nabi Ibrahim.
Macam mana sukarnya dakwah baginda di saat mendapat tentangan dari semua pihak hatta keluarganya sendiri. Untuk apa kita perlu tahu dan faham kisah Nabi Ibrahim? 'untuk ambil roh semangat da'ie baginda dalam menegakkan islam', kata ustazah.
hm.....
Allah berfirman:

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al-Baqarah 2:258)
Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Namrud menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. (lalu diambil 2 orang pemuda, seorang dibunuh dan seorang lagi dibiarkan hidup)
Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?
Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu)dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
Nabi Ibrahim dibakar
Raja Namrud yang kafir itu rasa tercabar dan dengan bodoh sombongnya menolak dakwah Nabi Ibrahim dan memerintahkan supaya Nabi Ibrahim dibakar dalam unggun api yang sangat besar. Namrud memerintahkan seluruh rakyatnya menyediakan api besar hinggakan burung-burung tidak berani untuk terbang di atasnya sekiranya burung-burung itu terbang juga melaluinya, burung-burung-burung tersebut akan terbakar kerana nyalaan api yang amat besar itu. (waktu ni serious rasa semacam dalam hati. betapa besar ujian bg Nabi-nabi Allah yang menbawa risalah islam)...
Waktu yang telah ditetapkan pun tiba, Namrud pun duduk di atas singgahsana sambil terus melihat kepada api yang sangat besar itu. Dalam hatinya terselit confident buta yang amat sangat kerana sekejap lagi Nabi Ibrahim akan mati dimakan api. Dia amat gembira kerana sangkanya api akan membakar seorang yang tidak mahu beriman dengan tuhan mereka. (tertipu dengan syaitan!)
Orang-orang Namrud pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan lastik yang besar dan terus melemparkan Nabi Ibrahim ke dalam api yang sedang marak itu. Ketika Nabi Ibrahim mahu dilemparkan ke dalam api baginda begitu tenang langsung tidak meronta-ronta ataupun melawan.
Menurut pendapat ulama', ketika itu para malaikat riuh memikirkan nasib yang akan menimpa Nabi Ibrahim. Malaikat Jibril turun ke bumi, dan menawarkan pertolongan kepada Nabi Ibrahim, namun Nabi Ibrahim menolak pertolongan Jibril atas keyakinannya pada pertolongan Allah. Dengan over confident nya diiringi kejahilan yang melampau Raja Namrud berpuas hati dengan perbuatannya itu dan terus menanti sehingga api yang besar itu padam. namun, orang-orang Namrud terkejut dan hairan apabila melihat setelah api itu reda dari marak, Nabi Ibrahim dengan 'macho' nya keluar dari unggun api itu dan mereka saksikan bahawa Nabi Ibrahim langsung tidak dimakan oleh api.

Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ". (Al-Anbiyaa' 21:69)
Sesungguhnya Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada kejahatan dan kezaliman Raja Namrud. Nabi Ibrahim as ketika dilemparkan berserah diri kepada Allah. Baginda tawakkal kepadaNya.
Ibrah@moral of the story??
......
Malulah kita dengan hebatnya semangat dakwah Nabi Ibrahim a.s, walaupun dalam sendiri tetap menegakkan kalimah tauhid di kalangan kaumnya..
-berbanding dengan kita?
yang dalam waqi'e atau keadaan yang penuh selesa ini masih liat nak amal ma'ruf nahi mungkar. Sedangkan itulah tujuan kita dihidupkan. Kalau ade alasan lain kita ni dijadikan, maka kita ni manusia ke makhluk yang selain manusia tu?
Malulah kita dengan keyakinan Nabi Ibrahim bilamana ujian besar yang ditimpakan kepadanya, tetap tidak hadir dua keyakinan dalam hatinya. Yakinnya baginda pada Allah membuatkn dia dengan tenang menolak bantuan Jibril.. Ni bkn nak cerita ujian yang kecik2 je.. dibakar kot...
-berbanding dengan kita?
yang dicuit ujian sekadar cuma, dah terduduk menangis, hingga ada yang berputus asa dengan rahmat Allah, mempersoalkan pula takdir yang datang... tak kurang juga hilang keyakinan langsung pada pertolongan Allah s.w.t dan pergi dok menagih2 pembelaan dari manusia....
Allahu rabbi.....
terkadang dalam hidup ini kita sering terlupa, leka dengan amanah yang kita galas sebelum kita lahir lagi. Perjanjian kita pada Allah bahawa kita akan menjadi khalifah di muka bumiNya ini.. terkadang juga ujian2 yang datang buatkan kita hambar imannya..
bangkitlah pada yang terlena dengan fana dunia..
berjalanlah bagi para da'ie kiranya langkahmu telah terhenti sebentar kerana pahitnya ujian..
jangan duduk lama di situ,
kerana dunia ini terlalu singkat masanya untuk kita berfoya-foya..
dan dunia ini juga terlalu hina untuk kita tangisi akan nikmatnya...
aurora said- keluar je dari kuliah, ada manik2 menitis di pipi..sedih... betapa kerdilnya diri jika dibandingkan dengan ujian2 para Nabi dahulu...='(

No comments:
Post a Comment